Friday, September 28, 2012

MISI KEMBOJA


MADRASAH AN-NAIM KEMBOJA MENGGAMIT KEPRIHATINAN RAKYAT MALAYSIA
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (B)

Melihat milieu masyarakat Melayu Muslim Kemboja di Kampung Krapram dalam daerah Kompong Cham kira-kira 150 kilomter daripada Phnom Penh memberi satu kesedaran betapa di setiap penjuru alam ini ada manusia Muslim yang tidak hidup selesa seperti kita.

Kampung yang didiami oleh lebih kurang 1,000 orang penduduk yang saya kunjungi tidak mempunyai bekalan api elektrik, air, tidak ada sekolah yang formal yang disediakan oleh kerajaan, tidak ada balai raya, klinik keluarga dan tidak ada warung atau kedai makan.

 Ini hanyalah sebahagian daripada kehidupan orang Melayu Muslim keturunan Champa yang telah beribu tahun menjadi anak pribumi Kemboja tetapi terabai untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa justeru ia pernah terlibat dalam kancah peperangan.

Mereka juga pernah berhadapan dengan pemerintah yang sadis seperti Pol Pot yang telah membunuh hampir dua juta rakyatnya sendiri ketika Khmer Rouge menjadi rejim yang amat digeruni dan umat Islam Kemboja sendiri tidak terlepas daripada menjadi mangsa kekejaman tersebut.

Anak-anak yang tidak berbaju itu menterjemahkan kemisikinan mereka yang kais pagi makan pagi dan jika mereka boleh makan satu hari sekali itu sudah cukup bahagia untuk mengalas perut dan meneruskan kehidupan sebagai manusia.

Untuk melihat anak-anak Muslim ini terkeluar daripada kepompong kemiskinan dalam masa terdekat mungkin agak sukar apatah lagi untuk melihat mereka belajar hingga ke menara gading justeru selama berpuluh tahun mereka tidak permah terdedah dengan pendikan formal.

Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah mendirikan sekolah pondok untuk belajar afardhu ain dan mengenal agama dan celik huruf boleh membaca al Quran dan tidak didedahkan dengan pelajaran akademik seperi matemetik , sains dan bahasa.

Menyedari betapa peritnya hidup masyarakat Muslim Kampung Krapram di Kemboja, sekumpulan rakyat Malaysia telah berusaha untuk memberi bimbingan dan bantuan untuk membina madrasah iaitu Madrasah An-Naim yang dipelopori oleh Ustaz Salleh Abdul Rahman yang pernah mendapat pendidikan di Nilam Puri Kelantan di pihak Kemobja dan Ustaz Saari Kaban di pihak Malaysia.

Dengan bantuan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menolong baik daripada segi moral dan material sebuah surau telah didirikan di Kampung Krapram yang diselia oleh Haji Saari Kaban dan dana pembinaanya disumbangkan oleh dermawan Malaysia.

nfra-struktur Madrasah telah lebih dahulu disempurnakan sebelum terdirinya surau pada 2009 dan cadangan mendirikan masjid telah direalisasikan dengan sumbangan daripada rakyat Malaysia. Madrasah An-Naim hanyalah permulaan dan kehadirannya di bumi Kemboja hanyalah sebagai mukadimah untuk merealisasikan pendidikan Islam dengan pengenalan program tahfiz bagi melahirkan penghafaz al-Quran di bumi Kemboja.

Kemiskinan tidak menjadi penghalang kerana usaha murni madrasah telah menggamit golongan korporat di Malaysia yang ingin menyumbangkan derma bakti mereka sebagi testimoni ukhuwah dan kerja amal untuk mengharapkan mardhatillah.

No comments:

Post a Comment