MILENIA MUSLIM - Oktober 2012
Pendidikan adalah satu proses yang berterusan dan adalah menjadi aspirasi setiap pelajar untuk meneruskan pendidikan yang paling tinggi baik di dalam negara dan luar negara.
Suasana sekeliling juga mempengaruhi iklim pembelajaran dan bagi pelajar-pelajar aliran agama terutamanya peluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di Timur Tengah adalah satu peluang yang menjadi idaman keluarga.
Salah satu universiti yang menjadi harapan pelajar Malaysia terutamanya yang dilahirkan oleh pusat hafiz baik oleh pihak kerajaan atau swasta adalah Universiti Islam Madinah.
Universiti Islam Madinah yang ditubuhkan pada 1961 terletak tidak berapa jauh daripada Masjid Nabawi Madinah menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi sejak 1969 untuk menuntut ilmu agama dalam pelbagai jurusan.
Universiti ini menyediakan kemudahan kediaman dan tempat belajar yang selesa untuk semua pelajar yang datang daripada negara-negara Islam dan bukan Islam seperti Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Kazaktan, Tajikistan, Uzbekistan, Afrika Selatan, China, Korea, Maldives, Pakistan, India, Filiphina, Malaysia dan Indonesia.
Kini terdapat seramai 170 pelajar Malaysia yang mengambil pengajian dalam pelbagai bidang dan jangka masa mereka berada di universiti ini adalah kira-kira lima hingga sepuluh tahun bergantung kepada kursus yang diambill.
Suasana pembelajaran yang menemukan pelajar dari seuluruh dunia Islam memberi peluang peluang pelajar Malaysia untuk berinteraksi dengan pelajar negara lain yang berasal daripada bangsa dan keturunan yang berbeza menggambarkan betapa Islam itu menyeluruh dan tidak mengenal batas geografi dan keturunan sesuai dengan Islam itu sendiri yang menjadi sumber rahmat kepada seluruh alam.
Ternyata Islam sebagai agama persaudaraan itu tercerna dalam kehidupan pelajar yang menuntut di universiti yang terkenal sejak ia berfungsi selama lima dekad sebagai wadah yang mengembangkan ilmu Islami.
Kini terdapat lima fakulti yang menawarkan pengajian iaitu Fakulti Al-Quran al-Karim dan Pengajian Islam,
Fakulti Hadith dan Pengajian Islam, Fakulti Dakwah Usuluddin dan Pengajian Islam, Fakulti Syariah dan Pengajian Islam serta Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam.
Kursus yang dijalankan adalah di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (Phd) yang diikuti oleh pelajar Malaysia sebagai saham yang bermanfaat untuk pembangunan diri dan umah.
Segala ilmu yang digarap di Madinah akan sentiasa segar apatah lagi apabila ia diinfakkan kepada masyarakat Malaysia yang juga dahagakan ilmu dan cebisan ilmu yang dinfakkan untuk umah akan bermanfaat sebagai amar makruf yang berterusan.
Ilmu itu akan sentiasa menjadi penyuluh kepada yang menyebarkan dan mengamalkannya sesuai dengan tuntutan bahawa menutup ilmu itu adalah fardhu kepada Muslimin dan Muslimat.
No comments:
Post a Comment